Kata-kata Aluan




Bismillahirrahmaanirrahim
Segala puji hanya bagi Allah yang telah memberi kejayaan kepada pembangunan program "Pembelajaran Bahasa Arab Secara Online".


Program ini telah dimulakan pembangunannya sejak tahun 2002 dan baru sekarang berjaya dilancarkan. Pembangunan program ini merupakan satu cetusan idea seorang penggemar bahasa Arab yang pernah menuntut dan menghabiskan masanya mempelajari ilmu agama dan bahasa Arab disalah sebuah Institusi Pengajian Bahasa Arab dan Syariah di Damascus, Syria.

lagi » « tamat

Diperingkat awal, pembangunan program ini lebih kepada cetusan idea dan kajian modul yang hendak dibangunkan. Kajian ini merangkumi pelbagai aspek termasuklah aspek kandungan dan teknikal agar ianya sesuai untuk pengguna tanahair secara khususnya dan dunia amnya, disamping menjadi satu jalan alternatif mudah dan berkesan kepada mana-mana pengguna dan penggemar bahasa Arab.

Seperti mana-mana pembangunan program atau produk lain, pembangunan program BAHASAARAB.NET ini juga menghadapi masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan seperti masalah dana pembangunan, ahli kumpulan yang berkebolehan dalam kedua-dua bidang bahasa dan teknologi IT serta komitmen mendalam dan kecekalan hati untuk memberi tumpuan kepada pembangunan produk. Akhirnya, program ini berjaya dibangunkan mengikut perancangan yang telah diatur.

Walaubagaimanapun, kami tidaklah mendakwa program ini tidak mempunyai kekurangan. Kami percaya bahawa banyak lagi perkara yang perlu dilakukan kepada program ini untuk meningkatkan lagi kualiti dan prestasi program agar ia dapat memberi kepuasan dan impak maksima kepada pengguna mahupun penggemar bahasa Arab. Justeru itu, kami amatlah mengalu-alukan cadangan yang dinamik daripada anda semua demi kebaikan bersama.

Kami juga percaya bahawa ini adalah satu langkah permulaan untuk kemudahan dan kepentingan penggemar bahasa Arab tanahair. Selepas ini banyak lagi modul-modul yang akan menyusul disamping bahasa pengantar laman akan dikembangkan kepada bahasa Inggeris.

Harapan kami, bagi pihak pembangunan program, agar program ini menjadi satu alternatif sokongan yang terbaik untuk pengguna dan penggemar bahasa dalam usaha mengenal, mempelajari, memahami dan menguasai bahasa Arab serta mengembangkan dan memartabatkan bahasa Arab dipersada tanahair mahupun dunia sesuai dengan arus perkembangan teknologi maklumat.

Akhir kata daripada kami, "Selamat Maju Jaya".


Mazlisan bin Mustafa
Ketua
KUMPULAN BAHASAARAB.NET


  • Anda keliru dengan konsep "Belajar Bahasa Arab Online"?
  • Bolehkah seseorang itu pandai jika belajar bahasa Arab secara "Online"?
  • Bagaimanakah cara penggunaan bahasaarab.net?
  • Apakah kandungan pembelajaran yang diajar di bahasaarab.net?
  • Apakah perbezaan diantara pembelajaran "online" dengan pembelajaran dalam kelas?